ASPEK-ASPEK PENINGKATAN TAMADUN
Peningkatan sesebuah tamadun dapat dilihat menerusi kemajuan yang telah dicapai dalam tiga aspek utama, iaitu politik, ekonomi, dan sosial.
- Politik merujuk pada sistem pemerintahan dan pentadbiran, perundangan, serta perluasan kuasa.
- Ekonomi merupakan kegiatan untuk memenuhi keperluan hidup seperti bertani, berdagang, dan menghasilkan barang untuk diniagakan.
- Sosial pula lebih menekankan aspek pendidikan, falsafah, kesenian, kesusasteraan, seni bina, serta sains dan teknologi.
Peningkatan tersebut dapat dilihat dan dikesan melalui empat tamadun awal dunia iaitu, Tamadun Yunani, Tamadun India, Tamadun Rom, dan Tamadun China. Walau bagaimanapun, kumpulan kami hanya membincagkan tentang seni bina sahaja. Hal ini kerana, seni bina merupakan sesuatu yang unik dan melambang sifat masyarakat yang kreatif dalam mencipta sesuatu yang baru.
** Tamadun Yunani
- Acropolis dibina oleh Pericles untuk tujuan keagamaan dan sebagai pusat kegiatan pentadbiran.
- Dalam acropolis terdapat bangunan yang menarik seperti rumah berhala, panggung dan parthenon.
- Parthenon merupakan rumah berhala untuk dewi Athena.
- Parthenon dibina pada zaman pemerintahan Pericles (421 - 409 S.M. ) untuk mengingati kejayaan membebaskan diri daripada kuasa Persia.
- Bangunan di Acropolis memperlihatkan ukiran yang unik, berunsur keagamaan dan mempunyai nilai estetika.
- Seni bina masyarakat India berunsur keagamaan, khususnya Hindu dan Buddha.
- Stupa Besar di Sanchi, India dibina untuk tujuan keagamaan.
(a) Kompleks Kuil di Gua Ajanta-mempunyai 20 buah kuil.
(b) Komplleks Kuil di Gua Ellora-mempunyai 28 buah kuil.
- Seni bina Buddha menggunakan elemen geometri iaitu bentuk seperti segi empat dan bulat.
- Menara yang terdapat di India berbentuk di India berbentuk kon, kubah, dan pagoda.
**Tamadun Rom
- Seni bina Rom merupakan paduan antara tradisi Etruscan, Yunani, dan Rom yang digelar Graeco-Roman.
- Seni bina Rom mempunyai unsur-unsur yang unik seperti penggunaan simen dan bentuk yag menarik seperti pintu gerbang, kubah, bumbung yang melengkung, batu marmar, arked, dan bangunan bundar.
- Rom terkenal dalam pembinaan jalan raya, jambatan dan saliran.
- Orang Rom berkebolehan membina bangunan besar, cantik, dengan nilai estetik yang unggul.
- Bangunan Colloseum yang dibina boleh memuatkan sekurang-kurangnya 45 000 orang penonton.
- Kuil Pantheon mempunyai bumbung berbentuk kubah yang berfungsi sebagai tempat memuja, dan menyimpan patung dewa serta menjalankan kerja-kerja awam.
- Sairan air atau Aqueduct dibina untuk membekalkan bekalan air minuman dan Aqua Claudia menjadi lambang kebesaran Rom.
- Tempat mandi awam seperti air pancuran dan kolam renang juga dibina. Contoh: Kolam mandi di Caracala boleh memuatkan 1500 orang sekali mandi.
**Tamadun China
- Tembok Besar China dibina sejak Dinasti Chou dan diteruskan oleh dinasti berikutnya.
- Tembok ini berperanan sebagai pertahanan dan perlindungan.
- Bandar-bandar di China Purba mempunyai tembok batu. Ada juga tembok yang diperbuat daripada tanah liat dan batu bata.
- Kawasan di dalam tembok ada istana maharaja.
- Kuil dan pagoda merupakan binaan penting.
(a) kuil terdiri daripada beberapa bangunan yang mempunyai tempat tinggal, ruang tamu
dan pusat pemujaan.
dan pusat pemujaan.
(b) Pagoda dibina bertingkat-tingkat dan berbentuk oktagon, atau segi empat sama.
Sebagai kesimpulannya, setiap binaan yang dibina pada zaman dahulu banyak memberi sumbangan kepada masyarakatnya. Ini kerana, setiap binaan tersebut mempunyai fungsi yang tertentu kepada masyarakatnya. Oleh itu, sebagai pewaris kepada generasi terdahulu kita hendaklah menghargai iaitu dengan memelihara dan memulihara setiap binaan yang dibina oleh masyarakat terdahlulu.