Definisi teknologi pendidikan
Menurut Gailbrath (1967), teknologi merupakan keupayaan menggunakan pengetahuan
saintifik atau pengetahuan lain yg tersusun (other organized knowledge)
yg digunakan secara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan yg praktikal
dalam melaksanakan tugasan sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan. Sementara itu, Persatuan Teknologi Pendidikan (PTPM 1987) berpendapat, teknologi pendidikan
sebagai satu proses menganalisis keperluan pendidikan bersistematik dan
rasionalnya untuk mereka bentuk dan mengaplikasikan secara bersepadu yang
melibatkan idea, alat, bahan, prosedur serta mengembleng tenaga ke arah
peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang merupakan objektif utama penggunaan
teknologi pendidikan.
Selain itu,
Gagne, Robert dan Briggs Leslie J pula menyatakan bahawa teknologi
pendidikan adalah proses perancangan di mana suatu sistem pengajaran
direka bentuk, dilaksana,
dikawal dan dinilai untuk mencapai sesuatu objektif pembelajaran yang
berkesan. Walau apa pun definisi yang dinyatakan, kami berpendapat
bahawa penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
pada masa sekarang adalah penting dan signifikan sesuai dengan arus
gelombang maklumat tanpa sempadan. Walaupun dari segi sejarahnya
teknologi pendidikan telah bermula semenjak tahun 1920 dengan
penggunaan radio dan TV sehinggalah kepada penggunaan komputer pada hari
ini.
(Cuban 1986).
Berikut merupakan perkaitan teknologi dalam P&P:
- Usaha meningkatkan keberkesanan dan kualiti terhadap ilmu pengetahuan.
- Teknologi dalam P&P ialah komunikasi audiovisual iaitu Komunikasi audiovisual ialah cabang teori dan amalan yg bermula dengan reka bentuk dan kegunaan mesej yg mengawal proses pembelajaran.
Peranan dan kebaikan teknologi dalam P&P.
1. Pembelajaran
Kendiri
2. Meningkatkan Keberkesanan Pembelajaran
3. Peluang Belajar Untuk Semua.
2. Meningkatkan Keberkesanan Pembelajaran
3. Peluang Belajar Untuk Semua.
REKA BENTUK PENGAJARAN
***Merupakan proses sistematis menterjemahkan prinsip-prinsip umum P&P kepada bentuk
perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran. Menurut Yusup Hashim (1998) Reka pengajaran mengandungi 4 bidang iaitu :
- Reka bentuk sistem pengajaran
- Reka bentuk strategi
- Reka bentuk mesej
- Ciri-ciri pelajar
****MODEL ADDIE Merupakan proses generik yangg perlu diubah suai
sebelum dapat digunakan, menjadi asas kepada semua model reka pengajaran :
- A (Analysis) - Analisis
- D (Design) - Bentuk
- D (Development) - Perkembangan
- I (Implementation) - Pelaksanaan
- E (Evaluation) - Penilaian
****MODEL ASSURE iaitu Heinech et al (1982) - Model
reka pengajaran yang berasaskan bilik darjah dan dapat membantu guru merancang P&P
dengan baik dan berkesan :
- A (Analyses learner) – Analisis pelajar
- S (State objectives) – Nyatakan objektif
- S (Select method, media and materials) – Pilih kaedah, media & bahan sumber
- U (Utilise media and materials) – Gunakan media & bahan sumber
- R (Require learner response / participation) – Libatkan pelajar
- E (Evaluate and revise materials)- Nilai & semak semula
PERANAN DAN KEPENTINGAN REKA BENTUK PENGAJARAN
1. Meningkatkan
pencapaian pelajar.
2. Menjadikan P&P bilik darjah lebih teratur.
3.
Memungkinkan objektif P&P dan hasil pembelajaran mudah tercapai.
4.
Membantu dalam proses membuat keputusan.
5. Menjadikan penyampaian P&P
selaras bagi kumpulan yg pelbagai.
6. Menjimatkan masa dan peruntukan yang
besar, cth : Pendidikan Jarak Jauh.