Tahukah Anda ???
Setiap pemikiran, kemahiran, ciptaan dan binaan masyarakat terdahulu telah banyak memberi asprasi kepada masyarakat sekarang untuk terus mencapai kehidupan yang lebih baik, Negara kita Malaysia turut tidak terkecuali sama ada dari segi sistem politik, ekonomi mahu pun sosial. Antaranya adalah :
Sistem Demokrasi
**Tamadun Yunani telah mewariskan sistem pemerintahan berbentuk demokrasi iaitu rakyat terlibat dalam membuat keputusan politik. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.
Sistem Republik
**Kerajaan Rom mewariskan sistem republik kepada tamadun dunia. Dalam sistem republik pemerintahan dikuasai oleh dua orang konsul di mana, perlantikan dua orang konsul untuk mengimbangkan kuasa. Konsul dibantu oleh Dewan Senat dan Dewan Senat pula dibantu oleh Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh rakyat. Sistem Republik ini diamalkan di India, Perancis, dan Afrika Selatan.
Sukan Olimpik
**Sukan Olimpik telah diperkenalkan pada zaman Yunani iaitu pada tahun 776 S.M. Pertandingan diadakan di Olympia. Pertandingan antara negara kota yang dibuat empat tahun sekali itu bertujuan menghormati Tuhan Zeus dan negara kota yang bersaing ialah Athens, Sparta, Corinth, Thebes, Olympia dan Argos. Perbezaan antara Sukan Olimpik asal dengan Sukan Olimpik moden adalah dari segi tujuan organisasi dan bilangan peserta sementara bilangan acara yang dipertandingkan pula bertambah berlipat ganda.
Colloseum
**Colloseum di bina pada zaman Rom dimana pada tahun 70-an Masihi dan selesai dibina oleh Maharaja Flavian. Berbentuk kubah dengan ukuran tingginya 52 meter dan ukuran garis pusat luarnya 545 meter serta boleh memuatkan 50 000-80 000 penonton. Fungsinya adalah sebagai tempat pahlawan Rom bertarung dan juga sebagai teater. Namun pada masa kini, pembinaan colloseum menjadi aspirasi masyarakat kini membina stadium untuk aktiviti sosial sepeti sukan.
0 comments:
Catat Ulasan