TUGASAN INDIVIDU

Pentaksiran = excel + powerpoint + visual graphic

Tugasan yang dihasilkan oleh setiap ahli kumpulan adalah berkaitan tentang EXCEL, POWERPOINT & VISUAL GRAPHIC. Ini kerana tugasan yang dihasilkan membantu dan meningkatkan pengetahuan ilmu ICT, selain untuk diaplikasikan dalam pembelajaran di sekolah.  Berikut adalah hasil kerja setiap ahli kumpulan kami berdasarkan tugasan masing-masing :-
 
Nabilah Binti Sabramalisi [PT122163CT]
Tugasan EXCEL sila klik di sini
Tugasan POWERPOINT sila klik di sini
Tugasan VISUAL GRAPHIC sila klik di sini
Tugasan di Edmodo sila klik di sini di sini
 
Norhafizan Binti Muhamad [PT122187CT]
Tugasan EXCEL sila klik di sini
Tugasan POWERPOINT sila klik  di sini
Tugasan VISUAL GRAPHIC sila klik di sini
Tugasan di Edmodo sila klik di sini

Siti Norizan Binti Ahmad [PT122264CT]
Tugasan EXCEL sila klik di sini 
Tugasan POWERPOINT sila klik di sini
Tugasan VISUAL GRAPHIC sila klik di sini
Tugasan di Edmodo sila klik di sini

Siti Rosliana Binti Abbas [PT122266CT]
Tugasan EXCEL sila klik  di sini
Tugasan POWERPOINT sila klik di sini
Tugasan VISUAL GRAPHIC sila klik di sini
Tugasan di Edmodo sila klik di sini

Zaidah Binti Nawawi [PT122333CT]
Tugasan EXCEL sila klik di sini
Tugasan POWERPOINT sila klik di sini
Tugasan VISUAL GRAPHIC sila klik di sini
Tugasan di Edmodo sila klik di sini

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TUGASAN BERKUMPULAN

Tugasan Penulisan Berkumpulan

Penulisan yang dihasilkan adalah berkaitan tentang Pendidikan Abad Ke-21, Laman Web 2.0 dan Go!Animate. Semoga penulisan yang dihasilkan oleh kumpulan kami tersebut dapat membantu anda. Sekian, Terima Kasih.
 
untuk INFO lanjut:

    Tajuk "Pendidikan Abad Ke-21" sila klik di sini
    Tajuk "Laman Web 2.0" sila klik di sini
    Tajuk "Content Creation Tools: Go!Animate" sila klik di sini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

RPH

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Rancangan pengajaran harian yang dihasilkan oleh kumpulan kami  adalah bagi memenuhi kursus DTT 5332 PENGAJARAN MIKRO.  Selain itu, penghasilan RPH dari kumpulan kami juga adalah untuk perkongsian maklumat dan pengetahuan tentang menghasilkan rancangan pengajaran harian bagi subjek SEJARAH yang berkaitan tentang PENINGKATAN TAMADUN untuk sub-topik SENI BINA tingkatan 4. Semoga penghasilan RPH ini juga dapat membantu para pendidik serba sedikit dalam meningkatan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah untuk INFO lanjut sila klik di sini 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sumbangan Tamadun Dunia

Tahukah Anda ???
Setiap pemikiran, kemahiran, ciptaan dan binaan masyarakat terdahulu telah banyak memberi asprasi kepada masyarakat sekarang untuk terus mencapai kehidupan yang lebih baik, Negara kita Malaysia turut tidak terkecuali sama ada dari segi sistem politik, ekonomi mahu pun sosial. Antaranya adalah :
 
Sistem Demokrasi
**Tamadun Yunani telah mewariskan sistem pemerintahan berbentuk demokrasi iaitu rakyat terlibat dalam membuat keputusan politik.   Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.
 
Sistem Republik
**Kerajaan Rom mewariskan sistem republik kepada tamadun dunia.  Dalam sistem republik pemerintahan dikuasai oleh dua orang konsul di mana, perlantikan dua orang konsul untuk mengimbangkan kuasa.  Konsul dibantu oleh Dewan Senat dan Dewan Senat pula dibantu oleh Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh rakyat.  Sistem Republik ini diamalkan di India, Perancis, dan Afrika Selatan.
 
Sukan Olimpik
**Sukan Olimpik telah diperkenalkan pada zaman Yunani iaitu pada tahun 776 S.M. Pertandingan diadakan di Olympia.  Pertandingan antara negara kota yang dibuat empat tahun sekali itu bertujuan menghormati Tuhan Zeus dan negara kota yang bersaing ialah Athens, Sparta, Corinth, Thebes, Olympia dan Argos.  Perbezaan antara Sukan Olimpik asal dengan Sukan Olimpik moden adalah dari segi tujuan organisasi dan bilangan peserta sementara bilangan acara yang dipertandingkan pula bertambah berlipat ganda.
 
Colloseum
**Colloseum di bina pada zaman Rom dimana pada tahun 70-an Masihi dan selesai dibina oleh Maharaja Flavian.  Berbentuk kubah dengan ukuran tingginya 52 meter dan ukuran garis pusat luarnya 545 meter serta boleh memuatkan 50 000-80 000 penonton.  Fungsinya adalah sebagai tempat pahlawan Rom bertarung dan juga sebagai teater.  Namun pada masa kini, pembinaan colloseum menjadi aspirasi masyarakat kini membina stadium untuk aktiviti sosial sepeti sukan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Peningkatan Tamadun

ASPEK-ASPEK PENINGKATAN TAMADUN
Peningkatan sesebuah tamadun dapat dilihat menerusi kemajuan yang telah dicapai dalam tiga aspek utama, iaitu politik, ekonomi, dan sosial. 
  • Politik merujuk pada sistem pemerintahan dan pentadbiran, perundangan, serta perluasan kuasa.  
  • Ekonomi merupakan kegiatan untuk memenuhi keperluan hidup seperti bertani, berdagang, dan menghasilkan barang untuk diniagakan. 
  • Sosial pula lebih menekankan aspek pendidikan, falsafah, kesenian, kesusasteraan, seni bina, serta sains dan teknologi.
Peningkatan tersebut dapat dilihat dan dikesan melalui empat tamadun awal dunia iaitu, Tamadun Yunani, Tamadun India, Tamadun Rom, dan Tamadun China.  Walau bagaimanapun, kumpulan kami hanya membincagkan tentang seni bina sahaja. Hal ini kerana, seni bina merupakan sesuatu yang unik dan melambang sifat masyarakat yang kreatif dalam mencipta sesuatu yang baru. 
 ** Tamadun Yunani
  • Acropolis dibina oleh Pericles untuk tujuan keagamaan dan sebagai pusat kegiatan pentadbiran.
  • Dalam acropolis terdapat bangunan yang menarik seperti rumah berhala, panggung dan parthenon.
  • Parthenon merupakan rumah berhala untuk dewi Athena.
  • Parthenon dibina pada zaman pemerintahan Pericles (421 - 409 S.M. ) untuk mengingati kejayaan membebaskan diri daripada kuasa Persia.
  • Bangunan di Acropolis memperlihatkan ukiran yang unik, berunsur keagamaan dan mempunyai nilai estetika.
**Tamadun India
  • Seni bina masyarakat India berunsur keagamaan, khususnya Hindu dan Buddha.
  • Stupa Besar di Sanchi, India dibina untuk tujuan keagamaan.
     (a) Kompleks Kuil di Gua Ajanta-mempunyai 20 buah kuil.
     (b) Komplleks Kuil di Gua Ellora-mempunyai 28 buah kuil.
  • Seni bina Buddha menggunakan elemen geometri iaitu bentuk seperti segi empat dan bulat.
  • Menara yang terdapat di India berbentuk di India berbentuk kon, kubah, dan pagoda.
**Tamadun Rom
  • Seni bina Rom merupakan paduan antara tradisi Etruscan, Yunani, dan Rom yang digelar Graeco-Roman.
  • Seni bina Rom mempunyai unsur-unsur yang unik seperti penggunaan simen dan bentuk yag menarik seperti pintu gerbang, kubah, bumbung yang melengkung, batu marmar, arked, dan bangunan bundar.
  • Rom terkenal dalam pembinaan jalan raya, jambatan dan saliran.
  • Orang Rom berkebolehan membina bangunan besar, cantik, dengan nilai estetik yang unggul.
  • Bangunan Colloseum yang dibina boleh memuatkan sekurang-kurangnya 45 000 orang penonton.
  • Kuil Pantheon mempunyai bumbung berbentuk kubah yang berfungsi sebagai tempat memuja, dan menyimpan patung dewa serta menjalankan kerja-kerja awam.
  • Sairan air atau Aqueduct dibina untuk membekalkan bekalan air minuman dan Aqua Claudia menjadi lambang kebesaran Rom.
  • Tempat mandi awam seperti air pancuran dan kolam renang juga dibina. Contoh: Kolam mandi di Caracala boleh memuatkan 1500 orang sekali mandi.
**Tamadun China
  • Tembok Besar China dibina sejak Dinasti Chou dan diteruskan oleh dinasti berikutnya.
  • Tembok ini berperanan sebagai pertahanan dan perlindungan.
  • Bandar-bandar di China Purba mempunyai tembok batu. Ada juga tembok yang diperbuat daripada tanah liat dan batu bata.
  • Kawasan di dalam tembok ada istana maharaja.
  • Kuil dan pagoda merupakan binaan penting.
  (a) kuil terdiri daripada beberapa bangunan yang mempunyai tempat   tinggal, ruang tamu 
       dan pusat pemujaan. 
  (b) Pagoda dibina bertingkat-tingkat dan berbentuk oktagon, atau segi empat sama.
 
Sebagai kesimpulannya, setiap binaan yang dibina pada zaman dahulu banyak memberi sumbangan kepada masyarakatnya. Ini kerana, setiap binaan tersebut mempunyai fungsi yang tertentu kepada masyarakatnya. Oleh itu, sebagai pewaris kepada generasi terdahulu kita hendaklah menghargai iaitu dengan memelihara dan memulihara setiap binaan yang dibina oleh masyarakat terdahlulu. 
 
 
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Teknologi Pendidikan

Definisi teknologi pendidikan
Menurut Gailbrath (1967), teknologi merupakan keupayaan menggunakan pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yg tersusun (other organized knowledge) yg digunakan secara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan yg praktikal dalam melaksanakan tugasan sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan.  Sementara itu, Persatuan Teknologi Pendidikan (PTPM 1987) berpendapat, teknologi pendidikan sebagai satu proses menganalisis keperluan pendidikan bersistematik dan rasionalnya untuk mereka bentuk dan mengaplikasikan secara bersepadu yang melibatkan idea, alat, bahan, prosedur serta mengembleng tenaga ke arah peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang merupakan objektif utama penggunaan teknologi pendidikan. 
 
      Selain itu, Gagne, Robert dan Briggs Leslie J pula menyatakan bahawa teknologi pendidikan adalah proses perancangan di mana suatu sistem pengajaran direka bentuk, dilaksana, dikawal dan dinilai untuk mencapai sesuatu objektif pembelajaran yang berkesan.  Walau apa pun definisi yang dinyatakan, kami berpendapat bahawa penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada masa sekarang adalah penting dan signifikan sesuai dengan arus gelombang maklumat tanpa sempadan. Walaupun dari segi sejarahnya teknologi pendidikan telah bermula semenjak tahun 1920 dengan penggunaan radio dan TV sehinggalah kepada penggunaan komputer pada hari ini. (Cuban 1986). 
 
Berikut merupakan perkaitan teknologi dalam P&P:
  • Usaha meningkatkan keberkesanan dan kualiti terhadap ilmu pengetahuan.
  • Teknologi dalam P&P ialah komunikasi audiovisual iaitu Komunikasi audiovisual ialah cabang teori dan amalan yg bermula dengan reka bentuk dan kegunaan mesej yg mengawal proses pembelajaran.

Peranan dan kebaikan teknologi dalam P&P.
1. Pembelajaran Kendiri
2. Meningkatkan Keberkesanan Pembelajaran
3. Peluang Belajar Untuk Semua.

REKA BENTUK PENGAJARAN

***Merupakan proses sistematis menterjemahkan prinsip-prinsip umum P&P kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran.  Menurut Yusup Hashim (1998) Reka pengajaran mengandungi 4 bidang iaitu :
  • Reka bentuk sistem pengajaran
  • Reka bentuk strategi
  • Reka bentuk mesej
  • Ciri-ciri pelajar

****MODEL ADDIE Merupakan proses generik yangg perlu diubah suai sebelum dapat digunakan, menjadi asas kepada semua model reka pengajaran :
  • A (Analysis)        - Analisis
  • D (Design)          - Bentuk
  • D (Development)     - Perkembangan
  • I (Implementation)  - Pelaksanaan
  • E (Evaluation)      - Penilaian
 
****MODEL ASSURE iaitu Heinech et al (1982) - Model reka pengajaran yang berasaskan bilik darjah dan dapat membantu guru merancang P&P dengan baik dan berkesan :

  • A (Analyses learner) – Analisis pelajar
  • S (State objectives) – Nyatakan objektif
  • S (Select method, media and materials) – Pilih kaedah, media & bahan sumber
  • U (Utilise media and materials) – Gunakan media & bahan sumber
  • R (Require learner response / participation) – Libatkan pelajar
  • E (Evaluate and revise materials)- Nilai & semak semula


PERANAN DAN KEPENTINGAN REKA BENTUK PENGAJARAN
 
1. Meningkatkan pencapaian pelajar.
2. Menjadikan P&P bilik darjah lebih teratur.
3. Memungkinkan objektif P&P dan hasil pembelajaran mudah tercapai.
4. Membantu dalam proses membuat keputusan.
5. Menjadikan penyampaian P&P selaras bagi kumpulan yg pelbagai.
6. Menjimatkan masa dan peruntukan yang besar, cth : Pendidikan Jarak Jauh.



     

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS